Friday, June 26, 2009

Klate kami datang lagi......

K.A.C members akan mengadakan satu lagi trip ke Kelantan pada 9 ~ 13 July 2009 ini insyaAllah.Sama seperti trip ke Kelantan yang lepas,kami akan menggunakan khidmat tekong Abg Amran.Tujuan trip juga sama iaitu mencandat sotong dan memancing ikan.

Setakat ini ahli yang sudah berdaftar ialah:

1.Bro Shaari (Team Leader)
2.Bro Leman (Asst team leader)
3.Wandi (ceti)
4.Angah
5.Pak Mail
6.Hanif
7.Hafiz (ahli baru)
8.Azmi (Amy Keling) (ahli baru)

Kos anggaran untuk trip kali ini sama dengan trip terdahulu kira-kira RM200.00 seorang termasuk makan/umpan/sewa bot & minyak.Kenderaan pula bergantung kepada berapa ramai ahli yang nak ‘join’.

Mudah-mudahan trip kali ini akan memberikan kami pengalaman yang lebih ‘kaw-kaw’ dari trip yang terdahulu.InsayaAllah….

“klate……….kami datang lagi……………”

Thursday, June 18, 2009

Trip Memancing Sambil Melancong Di Kelantan

Tarikh : 7 ~ 11 Mei 2009
Peserta : 6 orang

Terlebih dahulu kami memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.a.w kerana dengan limpah kurniaNya serta rahmatNya,kami dapat menjayakan trip memancing sambil melancong ke Kelantan Darul Naim.Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancarnya.

Trip 5 hari 4 malam ini merupakan trip pertama team kami yang mana team ini baru sahaja ditubuhkan pada awal tahun 2009.Ahlinya dianggotai oleh bro shaari (trip leader),bro leman,wandi,pak mail,angah dan hanif.Tujuan utama trip ini ialah untuk merasai sendiri bagaimana keseronokan mencandat sotong kerana rata-rata dari kami belum pernah merasainya.Alhamdulillah walaupun hasil yang kami perolehi tidak seberapa tapi kami berpuas hati kerana akhirnya kami dapat juga merasai pengalaman mencandat sotong.

Kami bertolak dari kota tinggi pada 7/5/09 jam 10:30am menggunakan dua buah kenderaan.Kami tiba di pasir putih,Kelantan kira-kira jam 9:30pm dan terus ke tempat penginapan kami.Terima kasih kepada bro shaari kerana menyediakan tempat tinggal yang cukup selesa untuk kami.

8/5/09 jam 4:00pm kami bertolak ke jeti.Kami disambut oleh tekong Abg Amran dan pembantunya.Setelah semuanya selesai,kami bertolak ke lubuk sotong yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan.Malangnya kami ditimpa hujan dan angin kencang mujurlan tekong Abg Amran berpengalaman dalam menangani keadaan seperti ini.Setibanya kami dilubuk pertama,kami terus melabuhkan candat yang telah siap dipasang.Alhamdulillah,kami berjaya menaikkan kira-kira 80kg sotong berskala 1 hingga 2 kaki setiap seekor sehingga jam 2:30am.Walaupun hasilnya tidak seperti yang dijangkakan,kami puas kerana dapat merasai sendiri pengalaman mencandat sotong.Di lubuk yang kedua,hasil yang kami perolehi kurang berbanding di lubuk yang pertama.Akhirnya tekong beralih ke lubuk yang lain untuk menduga ikan yang menghuni di perairan ini.Kira-kira jam 4:30am kami tiba di lubuk dan terus melabuhkan umpan.Di sini kami berjaya menaikkan beberapa jenis ikan seperti kaci,tambak,alu-alu dan yang sewaktu dengannya.Banyak juga dikalangan kami rabut dan putus mungkin kerana serangan alu-alu.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berpindah ke lubuk seterusnya.Jam 6:30am kami tiba di lubuk tersebut,namun hampa di sebabkan arus deras dan mungkin juga umpan yang tidak sesuai kerana kami hanya menggunakan sotong yg dicandat sebagai umpan.Kami terus memancing sehingga matahari terbit,tapi hasil yang kami perolehi amat kurang hanya beberapa ekor ikan kerapu bersaiz kecil yang kami daratkan.Bagaimanapun kira-kira jam 3:00pm 9/5/09 kami dikejutkan oleh bunyi nyaring kekili bro leman dan serentak itu juga kekili kepunyaan wandi juga menjerit.Keadaan menjadi kalut seketika kerana masing-masing ingin melihat hasilnya.Setelah beberapa ketika,akhirnya 2 ekor haruan tasik bersaiz sederhana berjaya dinaikkan.Jam 4:30pm kami bertolak pulang ke jeti dan seterusnya ke tempat penginapan kami.

Jam 11:00am 10/5/09 selepas sarapan kami bertolak ke kota bahru.kelantan untuk sesi melancong dan melawat.Banyak juga tempat-tempat yang kami lawati termasuk pengkalan kubur.Dapat juga kami membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang nanti.Kami juga sempat menziarahi beberapa buah rumah saudara bro shaari.Kira-kira jam 6:30pm kami pulang semula ke rumah setelah seharian berjalan.

Pada 11/5/09 jam 12:30pm kami bersiap-siap untuk pulang ke Kota Tinggi.Seperti biasa banyak tempat kami singgah untuk berehat.Kira-kira jam 8:00pm kami singgah di Endau,Mersing untuk makan malam.Kami sepakat untuk memasak beberapa kilo sotong yang kami perolehi untuk menjadi santapan kami.Jam 10:00pm kami selamat tiba di Kota Tinggi.Setelah pembahagian hasil tangkapan selesai kami pulang ke rumah masing.

Beberapa keping gambar dan video yang dapat kami rakamkan sepanjang trip kali ini.Kamera buat hal daaaaa....
klik disini...
kailsanglercrew.multiply.com