Tuesday, July 14, 2009

Projek Kelantan ke 2

Salam...

Alhamdulillah kami ahli K.A.C telah berjaya mengadakan trip ke kelantan kali ke2 pada 9,10,11,12 dan 13 Julai 2009.Segala perancangan yang dibuat sebulan sebelum trip bermula berjalan dengan lancar.

Kami berkumpul seperti biasa di rumah pak mail pada 9/7/09 @ 0800hrs dan bertolak kira-kira setengah jam kemudian menaiki 3 buah kenderaan.Kami tiba di rumah bro shaari di Pasir Putih,Kelantan tepat jam 1900hrs.

Kali ini kami menggunakan khidmat tekong yang lebih dikenali sebagai tekong Ijan.Bagaimanapun kami tetap juga membawa tekong pada trip terdahulu iaitu tekong Amran untuk membantu kami.Kami bertolak dari jeti pada 10/7/09 @ 1700hrs menggunakan bot tekong Ijan.

Seawal jam 1900hrs kami telah dilanda hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 0100hrs 11/07/2009 menyebabkan projek kami untuk mencandat sotong gagal.Bagaimanapun kami berjaya juga mencandat beberapa kilo sotong selepas hujan reda untuk dijadikan umpan memancing ikan.

Hasil pancingan ikan juga mengecewakan,hanya 9 ekor jenahak bersaiz 2kg hingga 4kg,5 ekor kaci bersaiz 1/2kg ke 3kg,1 ekor pinang,1 ekor haruan tasik,2 ekor kekacang,11 ekor debam,6 ekor yu bodoh dan beberapa ekor kerapu bersaiz kecil.Kami bertolak balik ke jeti pada 11/7/09 @ 1630hrs.

Pada 12/7/09 @ 1300hrs kami bertolak pulang dan selamat sampai di Kota Tinggi pada 13/07/09 @ 0430hrs.Banyak tempat yang kami singgah semasa dalam perjanan termasuk di Kuala Kerai untuk 'rewang' durian dan tasik kenyir.

Sedikit gambar kenangan yang sempat diambil sepanjang trip kali ini.

kailsanglercrew.multiply.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.